Membina Legasi Bergenerasi didalam perniagaan atau "Build to Last Organisation" adalah antara cita-cita usahawan yang berwawasan. Sesuatu organisation perniagaan yang berjaya seringkali mengambil masa untuk membina agar dapat berdaya mampan, berkembang dan menguntungkan.
Oleh itu adalah lumrah untuk pemilik perniagaan mahukan perniagaan mereka terus memberi manafaat kepada diri beliau sendiri, keluarga, pemegang saham, pengendali syarikat, perkerja syarikat dan ummah bergenerasi lamanya setelah pemilik meninggal dunia.
Namun begitu, usahawan muslim di Malaysia berdepan dengan cabaran perniagaan mereka tidak dapat berterusan selepas kematian pemilik syarikat.
Perniagaan berdepan dengan risiko kelangsungan perniagaan apabila pemilik meninggal dunia dari sudut:
1. Kewujudan perniagaan (pilihan entiti yang tidak tepat)
2. Pemilikan saham syarikat (isu pewarisan, waris faraid)
3. Pengurusan perniagaan (isu pegurus yang kompeten)
4. Isu penandatangan cek (aliran keluar masuk terjejas kerana penandatangan)
Kausar Wealth Management Sdn Bhd adalah pakar dalam membantu pemilik perniagaan dan harta untuk merancang pewarisan harta mereka secara tepat dan holistik.
Memastikan harta pewarisan dan legasi perniagaan dapat di rancang mengikut hasrat pemilik dan memenuhi keperluan syarak dan perundangan.
Kausar adalah agensi korporat No1 dan yang terbesar untuk syarikat Wasiyyah Shoppe Bhd. Syarikat Amanah patuh syariah peneraju di Malaysia yang menyediakan solusi pewarisan harta.
Kami membantu pemilik perniagaan dan pemilik harta untuk merancang secara tepat dan membolehkan apa yang dirancang dapat dilaksanakan selepas kematian.