Hibah Hartanah

KHUSUS UNTUK PEMILIK HARTANAH

(Banglo, Teres, Kondo, Apartment, Tanah)

Hartanah adalah aset yang ingin dimiliki oleh semua orang kerana sifatnya yang berkembang dari sudut nilai dimasa hadapan.

Tahukah anda?

Pemilikan bumiputra hartanah hanyalah 39.5% berbanding nisbah populasi hampir 55%. Bukan itu sahaja walaupun ada banyak peningkatan dari sudut pembelian setiap tahun oleh bumiputra (majoriti adalah orang Islam) jumlah peningkatan bersih hanyalah 1%! (Sumber JPPH)

Kenapa? Pemilikan hartanah juga hilang kerana isu melibatkan pewarisan hartanah. Seringkali hartanah di jual oleh waris-waris dengan tujuan untuk mendapatkan bahagian faraid masing-masing sekali gus menjatuhkan peratus pemilikan hartanah oleh bumiputra. Kenaikan nilai hartanah dan syarat pembiayaan kewangan yang semakin ketat pasti akan memberikan cabaran untuk pemilikan hartanah dimasa hadapan.

Manfaat Hibah Hartanah

1. Pemilik boleh memberi rumah dan hartanah kepada individu-individu mengikut formula tertentu ie; sama rata anak lelaki dan perempuan

2. Hartanah boleh diberi secara berasingan. ie; rumah 1 kepada anak, rumah 2 kepada isteri, rumah 3 kepada ibubapa.

3. Adanya badan berautoriti untuk memastikan hibah boleh dilaksanakan

4. Adanya dokumentasi untuk memastikan segala rukun dan syarat hibah dipenuhi.

5. Hasrat pemilik untuk mengekalkan pemilik hartanah kepada keturunannya akan dapat dilaksanakan. Ambil tindakan sekarang dan rancang kerana anda sayang.

Dapatkan rundingan
Rancangan Hibah Hartanah PERCUMA

Sila lengkapkan borang di bawah dan saya akan menghubungi anda dalam masa tiga (3) hari bekerja

Semua yang bertanda * wajib diisi