Mengenai Saya
Hai, nama saya Sharmila Salim. Saya merupakan seorang Daie Pewarisan di bawah Syarikat Wasiyyah Bhd, dan kini bernaung di bawah agensi Kausar Group, agensi No. 1 dalam bidang pewarisan Islam.
Saya mendapat pendidikan dalam bidang Perakaunan di UiTM Arau, Perlis, dan menamatkan pengajian pada tahun 2004 dengan Kepujian A+. Selepas itu, saya memulakan kerjaya sebagai Pegawai Cukai di sebuah firma cukai di Kuala Lumpur selama 8 tahun.
Bermula tahun 2012, saya beralih kepada dunia perniagaan dengan menubuhkan syarikat Event Planner, dan menguruskan pelbagai majlis korporat serta sosial selama 8 tahun.
Namun, pada tahun 2020, apabila negara dilanda pandemik COVID-19, perniagaan saya terpaksa dihentikan akibat larangan penganjuran majlis dan acara besar. Ketika itu juga, peningkatan kes kematian harian memberi kesedaran mendalam kepada saya tentang kepentingan perancangan harta dan pewarisan.
Tambahan pula, rumah kediaman saya merupakan milik bersama adik-beradik perempuan, menjadikan isu pengurusan harta sesuatu yang sangat penting untuk difahami dan dirancang dengan betul..
Melalui perkenalan dengan Daie Inta, saya mula mengetahui tentang bagaimana Wasiyyah Shoppe boleh membantu keluarga kami menunaikan hasrat dan mengurus harta dengan lebih teratur. Dari situlah bermulanya minat saya untuk mendalami dunia perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam..
Kemudian, saya diperkenalkan kepada En. Kem, yang membuka peluang untuk saya menyertai industri ini secara profesional. Kini, tahun 2025 menjadi langkah pertama saya sebagai seorang Daie Pewarisan, dengan misi untuk membantu lebih ramai keluarga Muslim merancang dan mengurus harta mereka dengan sempurna — supaya warisan menjadi barakah, bukan beban..
Sepanjang dua tahun saya berada dalam industri ini, saya telah berjaya membantu lebih 45 fail perancangan harta, 10 fail hibah harta, serta menguruskan 5 kes kematian bagi pihak waris untuk menunaikan hasrat si mati. Saya amat bersyukur dapat berada dalam bidang ini kerana saya dapat menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada isu harta beku yang kini telah mencecah hampir RM90 bilion di Malaysia.
Saya sangat komited untuk membantu perjalanan anda dalam merancang harta dengan pendekatan yang lebih mudah, moden dan berpaksikan syariah agar setiap langkah menuju legasi menjadi lebih tenang dan bermakna.
Ketersambungan Warisan
Dengan kemudahan digital hari ini, saya membantu anda merancang harta dengan lebih mudah, pantas dan selamat — di mana sahaja anda berada. Perancangan harta bukan lagi urusan masa depan, ia bermula hari ini agar warisan anda kekal tersusun, terjamin dan penuh barakah.
Tawaran Saya
Saya membantu anda merancang pewarisan harta dengan bimbingan menyeluruh — dari sesi konsultasi, penyediaan dokumen hibah dan wasiat, hingga panduan selepas perancangan. Matlamat saya mudah: memastikan setiap waris menunaikan hasrat anda dengan tenang, dan setiap harta disampaikan dengan penuh kasih serta keberkatan.
Matlamat Saya
Matlamat saya adalah untuk melahirkan lebih ramai individu celik pewarisan, agar setiap keluarga Muslim dapat merancang harta dengan bijak dan berlandaskan syariah. Bagi saya, perancangan harta bukan sekadar urusan selepas mati — ia permulaan kepada legasi kasih sayang yang abadi