1. Waris yang buntu kerana tidak tahu proses perundangan yang betul
2. Waris bimbang dikenakan fi yang mahal jika mahu menguruskan pusaka
3. Waris tidak faham hukum faraid
Umat Islam yang kematian ahli keluarga, boleh mendapatkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka. Waris akan dibantu untuk melalui proses pengurusan harta pusaka yang berkaitan sama ada di :
- Pejabat Pusaka Kecil
bagi nilai harta pusaka yang kurang dari RM 5 juta dan mempunyai tanah
- Mahkamah Tinggi Sivil
bagi nilai harta pusaka melebihi RM 5 juta
- Mahkamah Tinggi Syariah
bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan Mahkamah Tinggi Syariah
Waris akan dibantu sehingga Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian dikeluarkan (bagi kes Pejabat Pusaka Kecil) atau sehingga Geran Probet / Letter of Administration dan Distribution Order dikeluarkan (bagi kes Mahkamah Tinggi Sivil).